We are human. We need love to live. We need family. We need money. Without them we felt hopeless. Sometimes we even think that Allah doesn't loves us. Tatkala kita diuji dengan sekelumit dugaan yang Allah beri, kita rasakan dugaan itu terlalu besar. Bagaikan dunia menjadi gelap. Hati teramat pilu. Dunia bagai tiada erti lagi. Dan dikala itu, kita merasakan kitalah manusia yang paling sedih, paling kasihan, paling teruji, paling malang disaat dan tika itu. Bila ada suara-suara lembut memberikan nasihat, kita sedikit tenang, namun terbit jua satu perasaan, mereka tak faham. Mereka tak benar-benar faham. Kerana mereka tidak merasakan apa yang kita rasa.
Kadangkala, bila hati terlalu sedih kita merasakan Allah tidak adil dalam mengatur takdir kita. Kenapa orang lain gembira saja. Yang kaya semakin kaya, yang bahagia semakin bahagia. Tapi kita yang diuji ni, dari satu ujian ke satu ujian tak pernah berhenti. Sehingga terdetik di hati, Allah mungkin telah abaikan kita.
Wahai sahabat-sahabatku, bila kita sedih hati kita mudah menjadi buta. Hingga kita lupa bahawa Allah itu maha adil. Allah tak pernah sedetik pun abaikan kita. Malah, kita yang seringkali abaikan Allah. Pernahkah dalam 1 hari, kita solid ingat Allah setiap masa, setiap saat dan setiap detik? Masa kita ketawa suka kita lupa Allah. Masa kita berseronok kita lupa Allah.
Bila kita sedih, bila kita diuji katakanlah Alhamdulillah. Setiap ujian adalah satu anugerah khas yang Allah beri. Ibarat kita di universiti, nak lepas satu subject kene ada exam. Bila semua exam kita dah lulus barulah boleh dapat Ijazah. Macam tu jugalah hidup. Its all a test yang kita kene lalui barulah darjat kita akan di upgrade. Siapa kata orang yang bahagia semakin bahagia itu tidak diuji? Siapa kata orang yang kaya semakin kaya itu tidak diuji? Kebahagian dan kekayaan itulah ujian untuk mereka. Allah nak tengok kala mereka bahagia mereka ingat tak orang yang berduka. Kala mereka kaya, mereka ingat tak orang yang miskin. Allah itu maha adil.
Ingat pesanan saya, tak kira sehebat mana ujian yang Allah beri katakan lah Alhamdulillah. Apalah sangat ujian yang Allah beri nak dibandingkan dengan ujian yang Allah beri pada para Nabi. Mungkin kita akan kata, alah... itu Nabi. Nabi mestilah sabar. Tapi kita harus ingat, Nabi sangat mulia disisi Allah. Darjat kebesaran khas yang Allah beri. Kalah Dato', Dato' Seri, Tan Sri mahupun Tun. Tapi para Nabi sekalian yang diangkat darjatnya sedikit pun tidak mengeluh. Sebagaimana Nabi Ayub a.s yang hidup sihat selama 70 tahun dan kemudiannya diberikan penyakit. Nabi Ayub a.s berkata "Aku telah hidup sihat selama 70 tahun, malah sakit ini tidak apa-apa bagiku kerana selama 70 tahun aku sihat tiada penyakit"
XOXO,
2 comments:
Nice,..^_^
thanks
Post a Comment