Salam... semoga anda semua di dalam lindungan Allah s.w.t. Alhamdulillah... syukur alhamdulillah. Ramai orang-orang di sekeliling saya yang mengambil berat, bertanya khabar malah saya terima panggilan telefon bertalu-talu bertanyakan keadaan suami saya. Alhamdulillah, dia seperti biasa. Menjalani kehidupan seperti kita semua. Ada yang berkata... "owh kalau macam tu tak la teruk sangat ye.." Alhamdulillah... dia masih boleh bebas bergerak. Tidak la hanya berbaring seperti sangkaan anda. Mungkin di situlah kelebihan yang Allah beri pada suami saya. Kerana rata-rata bagi pesakit peringkat akhir buah pinggang, amnya akan bengkak-bengkak seluruh badan, muntah-muntah, kerap sesak nafas, mudah demam dan cepat penat. Doktor juga agak terkejut kerana suami saya tak ada simptom-simptom tersebut melainkan... dia cepat penat.
Atas dasar itu jugalah doktor menasihatkan agar dia segera dimasukkan ke wad bagi memulakan dialysis sebelum tercetusnya tanda-tanda yang lebih kronik dan untuk mengelakkan jangkitan pada bahagian lain seperti hempedu, hati dan sebagainya. Oleh yang demikian, diet pemakanan juga haruslah di ambil serius. Mengikut cerita-cerita dari kenalan-kenalan rapat.. ada sesetengah kidney patient yang sudah memasang tapak bagi rawatan dialysis masih bebas dari mesin dialysis itu sendiri. The key is... kawalan makanan. I have to do my job here... to make sure husband saya makan makanan yang baik untuk buah pinggangnya. Makanan yang terlebih protein perlulah di kurangkan.
Memandangkan darahnya akan diambil sebelum warded, saya perlu memastikan makanan yang diambil adalah baik dan sihat. Mudah-mudahan result darahnya nanti ada menurunan dan memberikan result yang lebih positif. Islam sendiri mengajar kita untuk tidak berputus asa... Nabi Muhammad s.a.w. ada berpesan... "Tanamlah benih pokok, meskipun esok adalah hari Qiamat". Manalah tahu, kalau Allah nak maqbulkan doa kami nanti... mungkin akan ada berita gembira. InsyaAllah.
So now, looking at the diet garam kene kurang, tomato, sos tiram, seafood tak boleh makan. Saya pun join berdiet sekali. Kan saya ada misi nak kurus... So, elok untuk saya juga ni. Oh ya, to all my blog readers I really looking for info on how to do the transplant surgery in China. How's the procedure, cost, pre checking, follow up checking after transplant and so on... If you have any, I would really thankful if you can share with me. We are considering this option as well.
Okay, will continue later. InsyaAllah.
" Ya Allah, berikan kami kekuatan dalam ujian yang Engkau rencanakan untuk kami. Berikan kami kesabaran dan kuatkan iman serta hati kami. Dengan rasa rendah diri, aku bermohon kepadaMu Ya Allah, sembuhkanlah suamiku. Sesungguhnya, hanya dengan keajaibanMu dia dapat disembuhkan. Dan sesungguhnya, tiada yang mustahil dengan kekuasaanMu. Berikan kami petunjuk dan lorongkanlah jalan yang terbaik untuk kami. Bantulah kami Ya Allah. Amin "
XOXO,
1 comment:
semoga ur husband cepat sembuh...insyaAllah.. n semoga both of u tabah hadapi sgala cabaran
Post a Comment