First of all I would like to say sorry for all my wrong doings. Andai ada hati yang tersinggung dengan tulisan entry saya, dengan rasa rendah diri saya mohon maaf. Sesungguhnya, tidak terlintas di hati ini untuk mengguris hati sesiapa yang membaca. Andai ada entry atau tulisan saya yang membawa kebaikan kepada anda semua, Alhamdulillah.
This is my first raya as a wife. Alhamdulillah, sesuatu yang tidak dapat saya bayangkan atau gambarkan ianya satu kenyataan. Walaupun tahun lepas sering saya katakan pada mak... "Tahun depan saya kahwin". Dan pada ketika itu, tiada siapa yang saya rasa percaya lelaki itu akan menjadi suami saya sehinggalah lawatan saya ke bumi anbiya Februari lalu. Seperti cerita dongeng, saya kini dah berkahwin 5 bulan. Weeee.... Alhamdulillah.
Persiapan di rumah kami, tak banyak yang perlu dibuat memandangkan kami beru berpindah. So, sesi tukar langsir dah boleh skip. Hanya perlu kemas-kemaskan apa yang patut. Dan Ramadhan kali ini saya sedikit sedih sebab tak dapat memaksimakan masa untuk beramal lebih. Dek kerana kesibukan menyiapkan tempahan kuih raya, biskut raya dan macaron benar-benar membataskan segalanya. Walaupun saya tidak melakukan sebarang promosi untuk kek dan macaron, masih ada juga rakan-rakan yang sudi tempah dari saya. Terima kasih sangat-sangat. Macam tak percaya pun ada. Masih ada rezeki untuk saya. Alhamdulillah.
Tahun ni agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, Kalau tahun-tahun lepas baju raya saya kebiasaannya sekitar 5 - 7 pasang. Tahun ni memang pecah rekod. Saya tak beli langsung satu pun baju raya. Memandangkan saya membeli banyak jubah semasa ke Tanah Arab, saya kira-kira elok saya pakai saja jubah tu. Tak perlu membazir. Lagipun, jubah-jubah yang beli tu semua banyak yang saya tak pakai lagi. Ada rakan-rakan yang berkenan dengan jubah-jubah yang saya beli. Malah officemate saya yang chinese pun suka jubah yang saya pakai (juga beli di sana). Actually, saya ada satu plan about jubah. Ada rezeki InsyaAllah saya nak jual jubah-jubah dari Yemen. Sebab, jubah dari sana semua cantik-cantik belaka. InsyaAllah, tahun depan mungkin.
Esok, pagi saya akan pulang ke Johor. Daerah tercinta saya... High Castle. Sebuah daerah yang cukup simple dan mudah untuk bergerak. Tapi, di musim perayaan ni, daerah kecil itu akan bertukar sesak. Jangan tak percaya tau. Rasa tak sabar sangat nak balik ke kampung.
Akhir kata, saya memohon ampun dan maaf atas segala salah laku, salah kata kepada semua yang singgah dan membaca blog ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Salam Aidilfitri. Maaf zahir & Batin.
Ramadhan akan berlalu pergi,
Syawal pula akan mengganti,
Sepanjang saya menulis blog ini,
Ampun maaf atas kekhilafan diri.
p/s: Hati-hati memandu di jalan raya. Ingatlah orang tersayang.
XOXO,
No comments:
Post a Comment