SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

24 August, 2011

Ribena + Barbican

24 August, 2011
Maybe issue ni macam dah lapuk. But I still want to write about it. Why? Sebab ade sesetengah orang bercakap macam orang tak masuk akal. Atau mungkin setiap kali subjek Pendidikan Islam dia tidur. Penah orang gembar gemburkan or to be precise ada artikel yang mengatakan air Ribena itu haram. Sama seperti orang cakap Barbican haram.

1. Ribena



Jakim telah memutuskan bahawa kandungan alkohol di dalam minumam dengan peratusan 0.01% adalah halal. Dan berkenaan ribena pula, proses pembuatannya bukan lah dengan kaedah memeram anggur sehingga masam, keluar gas lalu diminum dan memabukkan. Hang minumlah sebaldi air ribena sure tak mabuk cuma kembung perut je.


Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi dan Ubat-Ubatan

Keputusan:
Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
  1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
  2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
  3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1% adalah harus (boleh) diminum.
  4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
  5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.
  6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dankuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
  7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranyaalkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.


Okay, here the thing yang make me regret and make me wanna write this entry. Ada seseorang memberi komen, which is I read in a forum saying:

"Kalau mabuk jek haram. Saya kalau makan durian terus jadi mabuk pening-pening. Jadi durian tu haram jugak lah"

Sedih bila ada orang yang masih tak boleh membezakan sesuatu yang zahir dan batil. Sesuatu yang benar dan salah. I'm not so terror to comment but it's just a simple thing. Tahu tak kenapa Allah kata arak itu haram?

Kerana :



... seorang hamba Allah yang sangat beriman dan sentiasa percaya bahawa imannya kuat berkata dia tidak takut akan godaan syaitan dan sangat yakin dengan keimanannya terhadap Allah. Sememangnya dia amat disegani oleh masyarakat sekeliling. Syaitan yang tak ada pangkat try nak uji iman dia tapi dengan mudah dia berjaya tepis. Lalu syaitan tak ada pangkat ni pegi la bagi tahu kat Majlis Syaitan Iblis bahawa diorang tak berjaya. So, Majlis Syaitan Iblis ni pon hantar lah General diorang. pangkat lebih tinggi. Dan usaha General tu berjaya. Maka hamba Allah yang tadinya sangat beriman ini telah meminum arak. Dan dalam keadaan mabuk dia telah merogol seorang wanita. Disebabkan ketakutan teramat sangat dia pun membunuh perempuan itu. So, General Syaitan ni berjaya lah...


So only sebab arak yang memabukkan itu telah menyumbang kepada perbuatan2 lain yang sememangnya salah dan berdosa dan secara nyata memudaratkan. Adakah mabuk makan durian boleh buat korang macam tu? Kot ye pon nak bagi komen silalah berasas sikit.


2. Barbican



Dulu memang kecoh pasal Barbican haram. Sorry to say, saya juga Melayu. But this is a typical thinking of Malays. Suka nak gembar gemburkan sesuatu perkara sebelum ianya sah. Air Barbican adalah air minuman beperisa yang mengandungi gas. Depa kat Arab tu suka minum air ni sebab dia ada perisa dan ada gas. Nak tau sebab apa? Hang pa penah dok makan kat kedai arab? Cuba test tengok portion makanan dia. Macam kita makan dalam dulang time maulidurrasul kat skolah dulu2. Tapi tu kita share 4 orang. Diorang makan sorang. pastu hang pa tengok perut2 diorang semua saiz apa? Air bergas ini fungsinya adalah untuk menyelesakan perut diorang lepas makan portion banyak tu.

Tapi macam mana boleh jadi haram? Botol dia kaler ape? Hijau kan. Botol kaca hijau. Why I said its a typical Malay thinking? Asal botol kaler hijau mcm similar to arak jek start nak label haram. All kind of packaging yang similar sure akan label haram. Kalau la haram, air ni tak jual kat Tanah Suci sayang oi. So, the things is jangan lah prejudice sangat. Kaji sebelum buat penilaian. Lagi satu... Minum barbican berbotol-botol rasa mabuk ke? Tang mana yang rasa mabuk? Kalau rasa mabuk-mabuk sikit tu sure korang sedut shisha sekali. Kalau tak... tak adanyer. Penat kan question pasal haram or halam air Barbican? It's just a sparkling juice. What about Esprit?

Sekian.

xoxo,

5 comments:

Emster said...

melayu.... takleh nak ckp ape laa.. bkn aku tak sedar diri.. aku MELAYU gak. tp cuba laa ubah pemikiran tu..hadeih.. thanks for the entry

Sha.Az said...

that's it. bukan aku nk kutuk bangsa sendiri tapi ni lah bahana kene cucuk hidung dengan kerajaan. pastu ape org keliling cakap... terus iakan... tak reti nak kaji selidik dan bersabar sket. tak reti nak open up minda. sedih. nway, welcome =)

♥cik.mental♥ said...

thanks sbb clearkan things out. berdebar bila ada member ckp ribena tu haram. dh larr kat rumah ada separuh botol besar ribena lg tu.

tumpang share eh...?

Anonymous said...

assalamualaikum wbt
thanx for ur sharing..btw, can u share wit me the link about this statement :- pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut.

thank you once again ^_^

Sha.Az said...

♥khyra_niez♥ - silalah share. benda baik elok dipanjang-panjangkan.

cik anon... those statement I copied from JAKIM. you can go to JAKIM website and search there. happy searching. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014