xoxo,
29 August, 2011
26 August, 2011
Edisi Khas Raya
26 August, 2011
25 August, 2011
I Love You... Steak
25 August, 2011
Semalam, I was craving for steak. I called Wani and ajak berbuka puasa. At first rasa nak sangat2 makan steak at Breek's Cafe. Tapi dah full. Hampa sangat. Then end up we just went to Delicious and berbuka puasa di sana. The steak was nice and I fall in love with thier mashed potato. So yummy. Alhamdulillah dapat juga makan steak. Anyway, wanna know why I was craving for steak? Because dan beberapa bulan I can't eat meat sebab sakit gigi. So now, no more sakit gigi and I can enjoy eating meat. Huhu...
Welcome to Delicious
It's quite a nice place huh?
Seafood Spaghetti
Tenderloin Steak... my love
Frosted Lemon grass + Lychee
Ni lah padah selalu sangat berbuka sorang-sorang. End up makan banyak. But the spaghetti tu Wani punya. Thanks Wani. Temankan saya. Next time kita pergi makan dekat Barbarillos ok? Hehe.
xoxo,
24 August, 2011
Ribena + Barbican
24 August, 2011
Maybe issue ni macam dah lapuk. But I still want to write about it. Why? Sebab ade sesetengah orang bercakap macam orang tak masuk akal. Atau mungkin setiap kali subjek Pendidikan Islam dia tidur. Penah orang gembar gemburkan or to be precise ada artikel yang mengatakan air Ribena itu haram. Sama seperti orang cakap Barbican haram.
1. Ribena
Jakim telah memutuskan bahawa kandungan alkohol di dalam minumam dengan peratusan 0.01% adalah halal. Dan berkenaan ribena pula, proses pembuatannya bukan lah dengan kaedah memeram anggur sehingga masam, keluar gas lalu diminum dan memabukkan. Hang minumlah sebaldi air ribena sure tak mabuk cuma kembung perut je.
Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi dan Ubat-Ubatan
Keputusan:
Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
- Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
- Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
- Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1% adalah harus (boleh) diminum.
- Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
- Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.
- Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dankuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
- Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranyaalkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
Okay, here the thing yang make me regret and make me wanna write this entry. Ada seseorang memberi komen, which is I read in a forum saying:
"Kalau mabuk jek haram. Saya kalau makan durian terus jadi mabuk pening-pening. Jadi durian tu haram jugak lah"
Sedih bila ada orang yang masih tak boleh membezakan sesuatu yang zahir dan batil. Sesuatu yang benar dan salah. I'm not so terror to comment but it's just a simple thing. Tahu tak kenapa Allah kata arak itu haram?
Kerana :
... seorang hamba Allah yang sangat beriman dan sentiasa percaya bahawa imannya kuat berkata dia tidak takut akan godaan syaitan dan sangat yakin dengan keimanannya terhadap Allah. Sememangnya dia amat disegani oleh masyarakat sekeliling. Syaitan yang tak ada pangkat try nak uji iman dia tapi dengan mudah dia berjaya tepis. Lalu syaitan tak ada pangkat ni pegi la bagi tahu kat Majlis Syaitan Iblis bahawa diorang tak berjaya. So, Majlis Syaitan Iblis ni pon hantar lah General diorang. pangkat lebih tinggi. Dan usaha General tu berjaya. Maka hamba Allah yang tadinya sangat beriman ini telah meminum arak. Dan dalam keadaan mabuk dia telah merogol seorang wanita. Disebabkan ketakutan teramat sangat dia pun membunuh perempuan itu. So, General Syaitan ni berjaya lah...
So only sebab arak yang memabukkan itu telah menyumbang kepada perbuatan2 lain yang sememangnya salah dan berdosa dan secara nyata memudaratkan. Adakah mabuk makan durian boleh buat korang macam tu? Kot ye pon nak bagi komen silalah berasas sikit.
2. Barbican
Dulu memang kecoh pasal Barbican haram. Sorry to say, saya juga Melayu. But this is a typical thinking of Malays. Suka nak gembar gemburkan sesuatu perkara sebelum ianya sah. Air Barbican adalah air minuman beperisa yang mengandungi gas. Depa kat Arab tu suka minum air ni sebab dia ada perisa dan ada gas. Nak tau sebab apa? Hang pa penah dok makan kat kedai arab? Cuba test tengok portion makanan dia. Macam kita makan dalam dulang time maulidurrasul kat skolah dulu2. Tapi tu kita share 4 orang. Diorang makan sorang. pastu hang pa tengok perut2 diorang semua saiz apa? Air bergas ini fungsinya adalah untuk menyelesakan perut diorang lepas makan portion banyak tu.
Tapi macam mana boleh jadi haram? Botol dia kaler ape? Hijau kan. Botol kaca hijau. Why I said its a typical Malay thinking? Asal botol kaler hijau mcm similar to arak jek start nak label haram. All kind of packaging yang similar sure akan label haram. Kalau la haram, air ni tak jual kat Tanah Suci sayang oi. So, the things is jangan lah prejudice sangat. Kaji sebelum buat penilaian. Lagi satu... Minum barbican berbotol-botol rasa mabuk ke? Tang mana yang rasa mabuk? Kalau rasa mabuk-mabuk sikit tu sure korang sedut shisha sekali. Kalau tak... tak adanyer. Penat kan question pasal haram or halam air Barbican? It's just a sparkling juice. What about Esprit?
Sekian.
xoxo,
23 August, 2011
Biskut Oat Susu
23 August, 2011
Hye all. To those yang have my facebook surely tau I have one photo album named "My Little Cook Book". But I had never post it here. Sorry. Tapi hari ini I will post it since I try a new recipe given by other bloggers. Well, I love cooking and try new recipe. And malam semalam... I singgah at bakery supplier shop nearby my house (untuk kali yang entah ke berapa kali) and I bought few thing and would like to try a new recipe from Arianna. So here my experiment :
Btw, I adjust a bit from the original recipe on the amount since 1 tin ghee = 200g. Here it is,
Bahan - bahan :
230g Oats
230g Gula Caster
1 1/4 sudu Serbuk Koko
200g Ghee (Minyak Sapi)
120g Mentega
390g Tepung
Tepung Susu secukup rasa
Cara-cara :
1. Pukul mentega bersama gula sehingga gebu. Masukkan minyak Ghee dan pukul sehingga sebati.
2. Masukkan serbuk koko dan pukul sehingga adunan menjadi sebati.
3. Masukkan oat dan tepung secara berselang seli sehingga adunan menjadi doh.
4. Bulat-bulan kan dan bakar pada suhu 160C selama 20 - 25 minit.
5. Biarkan biskut sejuk seketika dan golekkan di dalam susu tepung.
6. Sedia untuk di makan.
Tadaaaa.....
xoxo,
22 August, 2011
Lazy to Move
22 August, 2011
Just a simple entry.
I'm too lazy to move today.
It's raining and I felt so sleepy.
I'm just tooooo
LAZY.
19 August, 2011
Lagi Satu Minggu
19 August, 2011
Ramadhan dah hampir ke penghujung. Hanya tinggal satu minggu je lagi. Sekejap je kan? Dulu, masa zaman sekolah satu hari tu rasa lama sangat. Tiap kali Ramadhan, bila balik dari sekolah sure akan tidur sebab nak cepatkan masa berlalu. Tapi bila bangun... alaaaa... baru setengah jam. Lambatnya.
Begitulah hari-hari di bulan Ramadhan masa kecil dulu. Tapi sekarang ni, sejam tu terasa macam 10 minit je. Sangatlah sekejap. Anyway, bila dah hujung-hujung puasa ni terasa sangatlah malas nak bekerja. Asyik rasa nak bermalas-malasan dan kalau boleh nak balik Johor je. Bestnya balik Johor. Kalaulah ada pintu Doraemon. Sure duduk Johor je. Tak perlu pakai kereta. Berulang JB-KL hari-hari.
Tinggal lagi seminggu Ramadhan akan berakhir. Kuih raya belum habis buat lagi ni. Baru buat satu jenis tapi tu pun dah nak habis. Macam mana ni? Esok kene buat lagi la kan? Erm... Since this weekend I have no plan at all... It's baking time. Nak buat kek, buat coklat, buat cookies. Weee.... I love baking so much. ^_^
12 August, 2011
Seni Menconteng Muka
12 August, 2011
Hi all... Bila sorang-sorang, macam-macam bende I'll do. Not exactly do... more like surfing for many things. And actually I like to layan youtube and intai-intai on Make-up Tutorial. Hehehe..
I just love it. Seronok tengok. Anyway, there's a super awesome tutorial to share. The Make-up Guru... 'Promise Tamang Phan'.
Tamang Phan ni seorang freelance make-up yang rajin buat tutorial. It's not just the normal make-up tutorial such as 'Smokey Eyes', 'How to put your false lashes' but its a total transformation. Transformation of being 'Pocahontas', 'Fa Mulan', 'Ariel the Mermaid' and many more. Even make up transformation of 'Nafertiti' pun ada.
Let's have a look...
Poison Ivy
Pocahontas
Fa Mulan
Jessica Rabbit
Belle beauty & the beast
Nafertiti
Katy Perry 'California Girl'
Nice make up kan...
All of it
This is the Original Make-up Guru : Promise Tamang Phan
Wuwuwuwuwu.... kagum kagum....
11 August, 2011
Kerja di Site
11 August, 2011
Malam semalam, beriya janji dengan Linda my housemate, nak bangun sahur makan nasi. Linda pesan suruh kejutkan dia. Yakin je cakap ok. Nanti nak bangun pukul 4.50 pagi. Kemudian, masing-masing masuk bilik. Dan saya... berblog sambil menunggu 'sms kepulangan dia' sehingga jam 1.30 pagi. Tapi dia tak reply pon. Saya sedih... so terus tidur sambil pujuk hati sendiri. Dia dah tidur kot. Penat Mungkin.
Alarm handphone berbunyi...... "Lagu erm.. tak ingat pulak set lagu apa". Bila celik mata... Pukul 6.30 pagi. Alaaaaa..... tak sahur. Macam mana ni. Arini kene pergi site.
And here I am. just back from site. Been there from 9 am till 1 pm. I felt super duper exhausted. Perut masuk angin. Tangan rasa menggigil. Tapi kene gagahkan diri dan kene nampak cool. Coz i have another meeting at 3 pm. Again. Letihnya.
Saya curi-curi berblog ini pon sebab:
1) Pujuk hati sebab dia masih tak reply saya... (wondering mana dia pergi... tidur ke?)
2) Berehat dan distract diri dari perasaan penat dan letih.
Ok.. need to get back to work.
xoxo,
10 August, 2011
Happy Wednesday
10 August, 2011
Hari ini hari rabu kan?
Yeah....
Dia pulang...
Lambatnya nak tunggu pukul 12 malam...
Flight dia sampai pukul 12.30 malam ni...
Penat nak tunggu...
=)
xoxo,
09 August, 2011
Ramadhan ke-9
09 August, 2011
Semalam, berbuka puasa bersama Wani. Lagi. Berbuka di Pizza dan... banyak sangat makanan yang sampai. Hehehe... Thanks Wani. Semput nak habiskan makanan-makanan tu semua. Tapi... tak habis pun. Bungkus bawa balik. Erm....
Hari ini, Ramadhan ke-9. Berbuka puasa di rumah. Sendiri. Eh... tak la... TV ada... BeBo pun ada. Berbuka berdua. BeBo memang rajin teman. Dia duduk diam je kat sebelah. Kadang-kadang dia mengiau... minta diberi makan. Bukan tak nak bagi. Tapi kalau bagi pun, dia tak makan. Dia cium makanan tu, dia gigit-gigit sikit. Lepas tu, dia biar je. Yang dia suka, makanan cikedis dia tuh. Suka sangat.
Alhamdulillah, duduk rumah sekarang ni selesa dan mudah. Tak payah berebut2 nak cari parking. Parking je dekat rumah. Jalan kaki sikit... Pasar Ramadhan dekat depan je. Macam-macam juadah ada. Pilih je nak apa. Beli dan bawa balik.
Hari ini, saya beli Cempedak Goreng. Ni memang favourite. Kalau terbau, sure akan cari dan beli. Lepas tu, beli Kuih Lopez sebab teringin sangat nak makan. Beli Murtabak juga sebab nampak sedap. Boleh makan time lapar tengah-tengah malam. And then, I bought 2 jenis lauk. Sambal Paru dan Lemak Rebung. Opps... Banyak sangat kan? Actually, 2 jenis lauk tu untuk sahur. Beli siap-siap. Simpan dalam peti ais and time sahur nanti tinggak hangatkan je.
sumber dari google
Ala... sorang-sorang kan.. Kene la ringkas. Okay2. Its time. Nak pegi buat air Teh Stoberi.
SELAMAT BERBUKA PUASA DI RAMADHAN KE-9.
Bai.
xoxo,
07 August, 2011
Kasut Baby
07 August, 2011
Oh... penatnya. Hari ini saya berbuka puasa at The Curve sambil ditemani Wani. Thanks Wani. Tapi saya sampai dulu. So, terus mejurus ke tujuan asal datangnya saya ke The Curve. Cari kasut baby untuk Qaireen dan Aleesya. Budak-budak berdua ini lah buah hati saya. Syhhh.. jangan cakap BeBo. Nanti dia jealous. Ini dia kasut untuk raya.
2 Pasang untuk Qaireen
2 Pasang untuk Aleesya
Geramnya tengok kasuk baby. Bila lah agaknya saya akan ada anak sendiri. Erm.... Bestnya ada baby.
Anyway, thanks Wani for temaning me today. Thanks for the chat as well. Lama tak chat dengan Wani. Hehehe... BTW, Masa both of us nak balik... There was a sweet proposal sceen in the middle of the court. A man propose a lady with roses and he get down on one knee with a ring. He said out loud... "WILL YOU MARRY ME?" So romantic. She's so lucky.
I wish someone will do it to me one day. Erm..... Hehe... Berangan. Sudah. Masa untuk tidur. Esok kene kerja.
XOXO,
S.A.
Anak Bujang
Selamat pagi Ahad. Bila celik mata... langit dah cerah. Malas sungguh nak bangun dari katil. Benjamin Borhan dah ketuk-ketuk pintu minta masuk. Malasnya nak bangun buka pintu. Tapi selagi tak buka selagi tu lah dia akan ketuk pintu tu. Bising. Tujuan dia nak masuk tu bukan apa. Nak minta di manja. Di belai. Mengada-ngada.
BeBear tu bestfrien BeBo
Benjamin Borhan sekarang dah besar. Semakin besar, semakin gemuk dan semakin manja.
Last weekend, I bring along Benjamin Borhan balik kampung. And you know what... He finally found a GIRLFRIEND!!! Nama girlfriend BeBo is DAHLIA MONAKOVA. You can call her MONA. Bila BeBo dan Mona bertemu, Mona malu-malu. Mona jual mahal. Hari-hari BeBo kejar Mona. Bebo tany-tanya Mona. Mungkin BeBo tanya macam ni kot :
BeBo
Hai adik manis, boleh berkenalan?
Mona
Ish... sibuk je la mamat ni. Tapi hensem jugak (bercakap dalam hati sambil pandang tempat lain)
BeBo
Nama awak siapa? Nama saya Benjamin Borhan.
Mona
Saya Mona. Dahlia Monakova (buat muka sombong)
Dan mungkin macam-macam lagi dialog mereka berdua ni. Bila Mona pergi dapur, BeBo ikut. Bila Mona lepak bawah meja, BeBo pun lepak bawah meja tapi jauh sikit. Tapi I'm not really sure whether BeBo berjaya menakluki hati Mona atau pon tak. Mungkin juga BeBo kecewa sebab on the day nak balik KL, tak susah pun nak suruh BeBo masuk cage. Dia masuk sendiri. Erm... Tak apa BeBo, nanti raya kan kita balik lagi, Nanti boleh try Mona lagi ok!
XOXO
S.A
06 August, 2011
Brooch Manis_1
06 August, 2011
Hai kawan-kawan... Inilah cubaan pertama saya. Harapan saya adalah kawan-kawan semua akan rasa gembira dan belilah satu. Hehehe... Lebih banyak anda beli... Harga lebih murah. Setiap satu dijual pada harga RM3.50 sahaja. Beli 3 pada harga RM10.
PIN BUNGA
Hijau
RM3.50
Biru
RM3.50
Hitam
RM3.50
Merah
RM3.50
Ungu
RM3.50
Kuning
RM3.50
Peach
RM3.50
Corak Bunga Biru
RM3.50
Polka Coklat
RM3.50
PIN RIBEN
Bunga Putih
RM3.50
Polka Hijau
RM3.50
Polka Kuning
RM3.50
Polka Purple
RM3.50
Semua pin bunga, pin riben dan klip riben boleh digayakan mengikut kreativiti kawan-kawan semua. Nak letak pada tudung, atau jaket atau baju kurung... mana-mana pun tetap cantik dan manis saja.
p/s: sudi-sudikan lah membeli. terima kasih =)
XOXO
S.A
Brooch Manis... testing
Salam... Selamat Berbuka Puasa di Ramadhan ke-6!!!
Juadah berbuka dah dibeli... Nasi pun dah masak. Air saja yang belum di buat. Sekejap lagi la. Hehe.
Anyway, I just wanna try my luck here if ada kawan-kawan yang berminat. Kiranya, ini percubaa pertama saya ini. Harap-harap dapatlah sambutan dari kawan-kawan. Kot-kot ada sesiapa yang berminat. Ish dari tadi cakap pasal minat... sambutan la...
Okay, sebenarnya saya nak jual Brooch Manis. Apa itu brooch manis? Ini dia....
Dijual pada harga RM3.50 setiap satu. Beli 3 pada harga RM10 sahaja.
Kalau kawan-kawan nak beli boleh beritahu saya.
Terima kasih.
Sabtu di bulan Ramadhan di KL
I'm back to KL last Tuesday... Bila start kerja... masyaALLAH... terlalu banyak benda yang perlu diselesaikan. Macam-macam... Sehingga malam tadi, masih bekerja sehingga lewat jam 1 pagi... Penat.
Hari ini, ikut plan nak ke Klang. Nak kene cari barang untuk Angah. Tapi.... malasnya nak bergerak. Alone at home... My housemate Linda balik kampung... while another one Era masuk office hari ini. Kene kerja. So here I am... sitting at home... Alone. So boring ok. But this is my life... Always being alone and alone until I don't feel like being alone while I'm alone. Do you get it? Erm....
Tapi, takkan nak duduk rumah sorang-sorang sampai buka puasa? Okay... kene cari alternative ni. Nak ajak Iza keluar... dia dah ada plan hari ini... Yati pula kerja. Nak ajak Wani buka puasa dia pergi berbuka dengan cousin dia... So.... balik Johor buka puasa kat Johor boleh tak? Nanti tengah malam balik KL semula... Ish... tak ada kerja betul....
Tak apa lah... Keluar mencari hala tuju sebentar.
Grab the key and GO!!!
Bai.
04 August, 2011
Homework untuk Mak & Abah
04 August, 2011
Last weekend, me and my sister bought a present for our parents. Even both of them are not together anymore... but my sister and I saja-saja nak belikan Handphone baru untuk Mak dan Abah. Saja nak kasik handphone sama. Tapi.... syyhhhhh....... jangan cakap dengan diorang tau. Mak & Abah tak tau handphone diorang sama.
Ye la... mane boleh bagi tau. Kalau Mak tau nanti dia tak nak pakai handphone tu. Hehehe... My sister and I belikan hanphone biasa jek. Bukan Blackberry atau I Phone 4... Tapi sekadar Samsung Corby II je.... Sebelum ni, both of them pakai handphone biasa... Bukan touch screen macam ni.
Yang warna PINK ni Mak punya...
Yang warna PUTIH ni pula Abah punya...
Bila Mak dan Abah dah mula bertouch screen.... jeng jeng jeng....
Mak kata :
"Macam mana nak tekan ni? Nak Message macam mane?"
"Mak nak call bonuslink... bonuslink suruh masukkan nombor... kat mana nak cari nombor tu?"
"Macam mana nak call orang yang takde dalam phone book? Macam mana nak dail nombor?
Abah kata :
"Abah nak tukar simkad... macam mana nak cabut ni?"
"Dia jadi bahasa melayu la... Macam mana nak tukar bahasa inggeris semula? Kat mana nak tekan ni?"
"Abah tekan-tekan asyik salah tekan jek... Jari Abah besar la... kene pakai jari kelingking la macam ni"
"Abah dah play lagu... macam mana nak tutup eh?
Hehehehe.... Okay Mak dan Abah.... even though both of you are no longer together... Tapi Homework untuk Mak dan Abah sama.... Jangan notty-notty... Buat HOMEWORK elok-elok tau....
SELAMAT BUAT HOMEWORK MAK & ABAH
Love both of you... XOXO
(adjustment from normal phone to touch phone)
02 August, 2011
Peek-A-Boo
02 August, 2011
BILIK TIDUR
Okay here is my own room. The overall picture is not ready yet. Please ignore the old curtain... tu belum tukar lagi. Will be change soon.
Wall paint : Nippon Paint (can't remember the code)
Furniture : Ready made from Furniture Shop
Comforter Set : Jean Perry
Carpet : Ikea
Cushion : Jusco Selection
Mix and match selagi boleh =)
The whole decoration still lack of a few things...
1) Curtain
2) Lighting
3) Candles
Tips: you don't have to spend a lot of money but give extra effort and time to reach the goal in decorating your own favorite space.
01 August, 2011
Floria Putrajaya 2011
01 August, 2011