Dalam banyak-banyak perkara yang paling ditakuti adalah..... pergi jumpe doktor gigi. Banyak sebab musabab yang membuatkan aku jadi takut pada doktor gigi. Segalanya bermula apabila...................
Sekolah rendah :
Saya seorang yang sangat yakin bahawa gigi saya cantik... dijaga bersih (sebab mak saya garang... tak gosok gigi tak bole tido). Maka saya sangat yakin. Dan setiap kali nurse klinik gigi datang sekolah nak check gigi, saya adalah diantara mereka yang tak pernah kene panggil sebab gigi gigi saya (gigi susu) gugur menyembah bumi pada masa dan ketika sepatutnya mereka gugur. Hehe.
Sehinggalah pada suatu hari yang hening, segerombolan nurse dari klinik gigi datang sekolah untuk check gigi seperti biasa. Dan dengan tidak semena-mena nama aku di panggil. Pelik tetapi benar. Maka dengan hati penuh yakin tanpa rasa berdebar ak
u melangkah riang ke bilik klinik yang disediakan pihak sekolah. (Dalam hati dah fikir ni mesti dia nak jadikan saya sebagai gigi contoh... best giler)
"Norshahida"...... "ye"..... (yakin melangkah)
Tanpa segan silu, maka terbaringlah diri ini di atas kerusi elektrik gigi tu. Tiba-tiba doktor tu amik jarum yang bapak besar macam gajah... terus dia inject tanpa segan silu sebagaimana aku melangkah yakin baring di kerusi itu.
Kebas seluruh mulut... aku dirahkan bangun dan duduk ditepi sementara memberi laluan pada kawan-kawan lain. Kemudian aku di panggil semula... Dan kali ini... gigi geraham aku di tarik keluar. Sakitnya.... masyaALLAH... hanya tuhan yang tahu.
Keesokkan harinya, aku tidak berjaya menghadirkan diri ke sekolah selama 3 hari. Hambik kau... Dan sejak dari itulah, bila dengar saja tentang gigi, klinik gigi, doktor gigi... confirm... aku orang pertama yang lari jauh-jauh.
Beberapa tahun berlalu.... aku semakin dewasa dan hari ini, aku terpaksa bersemuka dengan doktor gigi memandangkan derita sakit gigi yang melanda sudah tidak tertanggung dek badan. Dan sejak dari peristiwa bersejarah itu jugalah, setiap ape alatan gigi yang aku nampak... yang doktor tu pegang, confirm aku tanya... "tu untuk apa doktor"... sampai doktor tu bengang dengan aku... huhu... Nak wat macam mana... kesian dentist yang dapat patient macam aku. Hehehe....