SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

25 September, 2012

Boolat

25 September, 2012
Ekoran dari gambar-gambar yang saya upload semasa bercuti ke Cameron Highlands, ramai yang menegur saya semakin sihat... semakin bulat... semakin berisi... Tak kurang yang bertanya saya dah pregnant ke?

Hurm.... terkebil-kebil saya dengar soalan yang bertalu-talu ni... Btw, peringatan kepada mereka yang belum berkahwin.... Setelah anda berkahwin, penambahan berat badan tanpa anda sedari berkemungkinan besar akan terjadi. Dan rata-ratanya begitu...

Ada banyak faktor kenapa berat badan boleh naik dan membuatkan anda terus mem'boolat' :

1) Setelah berumahtangga, kekerapan memasak di rumah menjadi lebih tinggi berbanding hidup single. Bermacam-macam menu anda akan cuba sajikan untuk suami...

2) Walaupun niat anda masak pelbagai menu untuk menarik hati suami dan konon-konon tak nak makan banyak sangat, anda akan kecundang juga kerana tanpa anda sedari anda dah makan 2 pinggan kerana seronok makan ada teman sambil berbual pot pet pot pet....

3) Kekerapan anda menziarahi kaum keluarga juga meningkat ekoran rumahtangga yang baru dibina. Maka tentu sekali akan membuatkan anda makan dan makan dan terus makan sewaktu berkunjung ke rumah sanak saudara..

4) Apabila tiba musin perayaan seperti hari raya, anda akan makan berganda-ganda sebab ada ramai sedara mara yang perlu dilawati.. Kalau tak melawat kang kompem ada suara-suara begini... "Pengantin baru tak ada pun nak menjengah ke sini"... dan macam-macam bunyi lagi...

5) Apabila anda sedar badan semakin naik, dan cuba untuk berdiet, dan menanam azam untuk tidak makan pada kuantiti yang banyak, suami pula suruh abiskan makanan yang ada.. dia kata.. "ala sikit je lagi tu.. abiskan la.. sayang makanan".. maka anda pun makan...

6) Setelah mendirikan rumahtangga, perasaan anda menjadi gembira. Maka hormon-horman gembira bertebangan riang dalam diri dan membuatkan anda berselera dari segala segi... Ekoran dari itu, berat badan anda mudah sekali bertambah tanpa ragu ragu...

Oleh yang demikian, berhati-hatilah wahai rakan-rakan yang masih belum berkahwin... Tanpa anda sedari, berat badan akan bertambah... tak percaya? Selamat mencuba...

XOXO,

24 September, 2012

Cameron Highlands - Part 2

24 September, 2012
sambungan dari entry lepas....














Photo ni ada sorg workes kat ladang strawberry ni ambilkan. 
He said "let me take your photo together, romantic like Bollywood"... hehehe

Shoot 2

Shoot 3

Shoot 4

































-The End-

... till my next post.

XOXO,



20 September, 2012

Cameron Highlands - Part 1

20 September, 2012
Salam to all my blog readers. How's ur day? Keje semua ok? Mine? Not so good for the time being. I'm trying my best to get a new job. Susah kerja di small company ni. Boss suka2 hati pinda policy office. Ada banyak perkara yang buat saya kurang senang dan rasa semakin tidak bersemangat. So, since last weekend ada long holiday, me and my hubby went to a simple vacation at Cameron Highlands. We really wanted to go so somewhere else but malang sekali saya dah tak ada cuti. Kalau cuti jugak tolak gaji. There is no such thing as 'pinjam cuti tahun depan'. This term never applied in my current company. Tak syok kan?

Btw, i would like to share some photos taken during our pre-honeymoon. The beauty of Cameron Highlands. Kalau suruh saya pergi sana selalu pun saya rela. Siapa yang x suka dikelilingi kehijaun yang segar bugar, sayur2 yang rangup dan segar, tiada bahan pengawet, bunga-bungaan yang comel-comel belaka. What a healthy life. So much different from living in a hectic city like Kuala Lumpur.

Indahnya Cameron Highlands

Macam Dalan Avatar kan?

Under the arch of rainforest, Gunung Brinchang

Sg Palas BOH Centre

I LOVE GREEN

Lovey Dovey flower

Strawberry dan Orrange yang super manis

Lata Iskandar

Just Us

On our way back, sempat singgah Kelie's Castle

Alhamdulillah, cuaca yang baik. Hujan yang mencurah di bumi Cameron Highlands saat ketibaan kami disana menyumbang kepada kesejukan yang sejuk di pagi dan malam hari. Dah rasa macam kat Sana'a, Yaman pula. Hehehehe...

.... to be continue with pictures from my camera

p/s: sebelum terlupa, saya nak share my happiness. Saya dapat interview from SPA. Doakan kejayaan saya agar saya dapat menjawat jawatan yang ditawarkan itu. Thanks to all my lovely blog readers.

XOXO,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014